Friday 24 June 2011

78: Surat An-Naba' (The Tidings) - سورة النبإ

بسم الله الرحمن الرحيم
78:1
{ عمَّ } عن أي شيء { يتساءلون } يسال بعض قريش بعضا.
Sahih International
About what are they asking one another?
Malay
Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
78:2
{ عن النبأ العظيم } بيان لذلك الشيء والاستفهام لتفخيمه وهو ما جاء به النبي صلى الله عليه وسلم من القرآن المشتمل على البعث وغيره.
Sahih International
About the great news -
Malay
Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
78:3
{ الذي هم فيه مختلفون } فالمؤمنون يثبتونه والكافرون ينكرونه.
Sahih International
That over which they are in disagreement.
Malay
Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
78:4
{ كلا } ردع { سيعلمون } ما يحل بهم على إنكارهم له.
Sahih International
No! They are going to know.
Malay
Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
78:5
{ ثم كلا سيعلمون } تأكيد وجيء فيه بثم للإيذان بأن الوعيد الثاني أشد من الأول، ثم أومأ تعالى إلى القدرة على البعث فقال:
Sahih International
Then, no! They are going to know.
Malay
Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
78:6
{ ألم نجعل الأرض مهادا } فراشا كالمهد.
Sahih International
Have We not made the earth a resting place?
Malay
(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
78:7
{ والجبال أوتادا } تثبت بها الأرض كما تثبت الخيام بالأوتاد، والاستفهام للتقرير.
Sahih International
And the mountains as stakes?
Malay
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?
78:8
{ وخلقناكم أزواجا } ذكورا وإناثا.
Sahih International
And We created you in pairs
Malay
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
78:9
{ وجعلنا نومكم سباتا } راحة لأبدانكم.
Sahih International
And made your sleep [a means for] rest
Malay
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
78:10
{ وجعلنا الليل لباسا } ساترا بسواده.
Sahih International
And made the night as clothing
Malay
Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
78:11
{ وجعلنا النهار معاشا } وقتا للمعايش.
Sahih International
And made the day for livelihood
Malay
Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?
78:12
{ وبنينا فوقكم سبعا } سبع سماوات { شدادا } جمع شديدة، أي قوية محكمة لا يؤثر فيها مرور الزمان.
Sahih International
And constructed above you seven strong [heavens]
Malay
Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
78:13
{ وجعلنا سراجا } منيرا { وهاجا } وقادا: يعني الشمس.
Sahih International
And made [therein] a burning lamp
Malay
Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?
78:14
{ وأنزلنا من المعصرات } السحابات التي حان لها أن تمطر، كالمعصر الجارية التي دنت من الحيض { ماءً ثجاجا } صبابا.
Sahih International
And sent down, from the rain clouds, pouring water
Malay
Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -
78:15
{ لنخرج به حبا } كالحنطة { ونباتا } كالتين.
Sahih International
That We may bring forth thereby grain and vegetation
Malay
Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -
78:16
{ وجنات } بساتين { ألفافا } ملتفة، جمع لفيف كشريف وأشراف.
Sahih International
And gardens of entwined growth.
Malay
Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?
78:17
{ إن يوم الفصل } بين الخلائق { كان ميقاتا } وقتا للثواب والعقاب.
Sahih International
Indeed, the Day of Judgement is an appointed time -
Malay
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,
78:18
{ يوم ينفخ في الصور } القرن بدل من يوم الفصل أو بيان له والنافخ إسرافيل { فتأتون } من قبوركم إلى الموقف { أفواجا } جماعات مختلفة.
Sahih International
The Day the Horn is blown and you will come forth in multitudes
Malay
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
78:19
{ وفُتِّحت السماء } بالتشديد والتخفيف شققت لنزول الملائكة { فكانت أبوابا } ذات أبواب.
Sahih International
And the heaven is opened and will become gateways
Malay
Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
78:20
{ وسيِّرت الجبال } ذهب بها عن أماكنها { فكانت سرابا } هباء، أي مثله في خفة سيرها.
Sahih International
And the mountains are removed and will be [but] a mirage.
Malay
Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
78:21
{ إن جهنم كانت مرصادا } راصدة أو مرصدة.
Sahih International
Indeed, Hell has been lying in wait
Malay
Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -
78:22
{ للطاغين } الكافرين فلا يتجاوزونها { مآبا } مرجعا لهم فيدخلونها.
Sahih International
For the transgressors, a place of return,
Malay
Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
78:23
{ لابثين } حال مقدرة، أي مقدَّرا لبثهم { فيها أحقابا } دهورا لا نهاية لها جمع حقب بضم أوله.
Sahih International
In which they will remain for ages [unending].
Malay
Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
78:24
{ لا يذوقون فيها بردا } نوما فإنهم لا يذوقونه { ولا شرابا } ما يشرب تلذذا.
Sahih International
They will not taste therein [any] coolness or drink
Malay
Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
78:25
{ إلا } لكن { حميما } ماءً حارا غاية الحرارة { وغسَّاقا } بالتخفيف والتشديد ما يسيل من صديد أهل النار فإنهم يذوقونه جوزوا بذلك.
Sahih International
Except scalding water and [foul] purulence -
Malay
Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -
78:26
{ جزاءً وفاقا } موافقا لعملهم فلا ذنب أعظم من الكفر ولا عذاب أعظم من النار.
Sahih International
An appropriate recompense.
Malay
Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
78:27
{ إنهم كانوا لا يرجون } يخافون { حسابا } لإنكارهم البعث.
Sahih International
Indeed, they were not expecting an account
Malay
Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
78:28
{ وكذبوا بآياتنا } القرآن { كِذَّابا } تكذيبا.
Sahih International
And denied Our verses with [emphatic] denial.
Malay
Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
78:29
{ وكل شيءٍ } من الأعمال { أحصيناه } ضبطناه { كتابا } كتبا في اللوح المحفوظ لنجازي عليه ومن ذلك تكذيبهم بالقرآن.
Sahih International
But all things We have enumerated in writing.
Malay
Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
78:30
{ فذوقوا } أي فيقال لهم في الآخرة عند وقوع العذاب ذوقوا جزاءكم { فلن نزيدكم إلا عذابا } فوق عذابكم.
Sahih International
"So taste [the penalty], and never will We increase you except in torment."
Malay
(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".
78:31
{ إن للمتقين مفازا } مكان فوز في الجنة.
Sahih International
Indeed, for the righteous is attainment -
Malay
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
78:32
{ حدائق } بساتين بدل من مفازا أو بيان له { وأعنابا } عطف على مفازا.
Sahih International
Gardens and grapevines
Malay
(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
78:33
{ وكواعب } جواري تكعبت ثديهن جمع كاعب { أترابا } على سن واحد، جمع تِرب بكسر التاء وسكون الراء.
Sahih International
And full-breasted [companions] of equal age
Malay
Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;
78:34
( وكأسا دهاقا ) خمرا مالئة محالها ، وفي سورة القتال : "" وأنهار من خمر "" .
Sahih International
And a full cup.
Malay
Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;
78:35
{ لا يسمعون فيها } أي الجنة عند شرب الخمر وغيرها من الأحوال { لغوا } باطلا من القول { ولا كذَابا } بالتخفيف، أي: كذبا، وبالتشديد أي تكذيبا من واحد لغيره بخلاف ما يقع في الدنيا عند شرب الخمر.
Sahih International
No ill speech will they hear therein or any falsehood -
Malay
Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;
78:36
{ جزاءً من ربك } أي جزاهم الله بذلك جزاء { عطاءً } بدل من جزاء { حسابا } أي كثيرا، من قولهم: أعطاني فأحسبني، أي أكثر علي حتى قلت حسبي.
Sahih International
[As] reward from your Lord, [a generous] gift [made due by] account,
Malay
Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),
78:37
{ ربِّ السماوات والأرض } بالجر والرفع { وما بينهما الرحمنِ } كذلك وبرفعه مع جر رب { لا يملكون } أي الخلق { منه } تعالى { خطابا } أي لا يقدر أحد أن يخاطبه خوفا منه.
Sahih International
[From] the Lord of the heavens and the earth and whatever is between them, the Most Merciful. They possess not from Him [authority for] speech.
Malay
Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);
78:38
{ يوم } ظرف لـ لا يملكون { يقوم الروح } جبريل أو جند الله { والملائكة صفا } حال، أي مصطفين { لا يتكلمون } أي الخلق { إلا من أذن له الرحمن } في الكلام { وقال } قولا { صوابا } من المؤمنين والملائكة كأن يشفعوا لمن ارتضى.
Sahih International
The Day that the Spirit and the angels will stand in rows, they will not speak except for one whom the Most Merciful permits, and he will say what is correct.
Malay
(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.
78:39
{ ذلك اليوم الحق } الثابت وقوعه وهو يوم القيامة { فمن شاء اتخذ إلى ربه مآبا } مرجعا، أي رجع إلى الله بطاعته ليسلم من العذاب فيه.
Sahih International
That is the True Day; so he who wills may take to his Lord a [way of] return.
Malay
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!
78:40
{ إنا أنذرناكم } يا كفار مكة { عذابا قريبا } عذاب يوم القيامة الآتي، وكل آت قريب { يوم } ظرف لعذابا بصفته { ينظر المرء } كل امرئ { ما قدمت يداه } من خير وشر { ويقول الكافر يا } حرف تنبيه { ليتني كنت ترابا } يعني فلا أعذب يقول ذلك عندما يقول الله تعالى للبهائم بعد الاقتصاص من بعضها لبعض: كوني ترابا.
Sahih International
Indeed, We have warned you of a near punishment on the Day when a man will observe what his hands have put forth and the disbeliever will say, "Oh, I wish that I were dust!"
Malay
Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".